Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Lucky Draw



==============LUCKY DRAW============





kali ni sy join lucky draw yang dinjurkan oleh ariesreeve-babykidstuff ni...


antara syarat2 penyertaan, sila klik sini

setelah dibelek-blek blog kepunyaan owner ni, ummy jd sangat exited... sbbnya banyak baby stuff kat cni... so kepada kawan2 ummy yang tgah preggy tu, jenguk2 la blog ni, gerenti korg puas hati... rasa sedikit terkilan sbb br je terjumpa blog ni... tp 1 hr nnti, ummy akan memborong jugak disini insyaALLAH
 
Hadiah2 yang ditawarkan sangatla MAVELES... jom kengkawan join ini LUCKY DRAW....

1) PRELOVED PEG PEREGO STROLLER (BN RM1000++)

2) BRAND NEW MINNIE MOUSE KITCHEN PLAYSET (RM59)


3) PRELOVED LITTLE TIKES CRADLE (for dolls ye-not 4 babies okey) BN RM100++ YE...


4) BRAND NEW TOYS FOR LIL BOY (will update soon)

Friday, April 30, 2010

Mommy & Bebe Giveaway


assalamualaikum.
ummy join giveaway yg dianjurkan oleh mommy & bebe jom bace syarat2 penyertaan.
Assalamualaikum. Hai apa khabar semua, moga dalam keadaan sihat walafiat. Terkini!! kami  mengadakan giveaway @ nak beri hadiah khas buat pelanggan kami! Jom join giveaway! :) (Sila baca  term kat bawah yea..acctually pihak mommy & bebe ada buat update kat tarikh tutup dan hadiah…bg yg telah buat entry tu jangan lupa selalu2 lah jengah kat sini yea..bukan aper kadang tu hadiahnyer pandai bertambah hehe:) berkurang tidak ler pulak hehe :) )
Ok saat untuk menyertai giveaway mommyandbebe sudah bermula ayuh sertainya!
Syarat Penyertaan Mommy & Bebe Giveaway
  • Anda mestilah member berdaftar mommyandbebe.com (jika belum daftar-klik sini)
  • Hendaklah menjadi fan kami di facebook (sila klik di sidebar blog ini)
  • Anda perlu mengisi borang soal selidik Mommy & Bebe (di bawah sekali)
  • Sila copy paste kod banner di bawah dan letakkan di sidebar website / blog anda dan letak tajuk Mommy & Bebe Giveaway
  • Buat satu entry tentang Mommy & Bebe Giveaway di blog anda
  • Kemudian anda copy link entry tersebut kat ruang komen di bawah
  • Penyertaan bermula pada 24/02/2010 dan berakhir 26/03/2010 (update: berakhir pada 30 april 2010)
  • Pemenang akan diumumkan pada 31/03/2010 (update: pemenang diumumkan pada 1 mei 2010)
  • Mudah saja bukan? Yea! Tak pening kepala mengarang slogan dan sebagainya!
  • Pemenang akan dipilih secara rawak kat random.org yea!
  • Hanya seorang pemenang bertuah akan di pilih dan hadiahnya ialah:1CD 1 INSERT MOMMYANDBEBE MINKY CD!! (update: kami mencari 4 orang pemenang!) hadiahnya sila lihat kat image bawah ni :) selamat mencuba kengkawan semua :) )

Thursday, April 01, 2010

Cute & Creative Picture contest


jom meriahkan contest ni...masih ada masa lg. 11 Mac 2010 - 11 April 2010
contest dianjurkan oleh baby-iman koleksi

Syarat syarat penyertaan

1. Sila buatkan special entry di blog anda mengenai Cute & Creative Picture bersama sekeping gambar & details baby/anak anda. (Gaya, Idea, Deco yang creative... )

2. Sila tinggalkan comment anda disini untuk saya menjejaki link entry tersebut yer...

3. Sila nyatakan details baby/anak yer

Nama: Ahmad Adam Ramadhan

Umur: 7 bulan

Asal: kampung pandan

Emel & nama pengirim: iezixora15@yahoo.com
                                    ummu adam

gambar ni diambil sewaktu saya dan parents in law makan kat luar, masa ni adam masih blm pandai duduk sendiri.Tp scara x sengaja dia boleh duduk dengan baik didalam kerusi makan tu.


Thursday, March 25, 2010

BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah





ku join lagi contest... tajuk nye lebey kurang ngan entry yang ku join pd tahun lepas. cuma kali ni berbeza penganjur. 22.08.09 merupakan detik yang terindah buat diriku... biarpun melalui pelbagai rintangan jua halangan, namun aku berjaya menempuhinya...Biar ku mulakan detik sebelum dimasukkan ke wad bersalin. 20.08.09 sy ke KD pulau meranti tuk wat checkup 38weeks. tiada apa yang membimbangkan saat itu kerana tiada tanda2 ataupun sakit dimana2. Selesai check up, ku telah diminta tuk ke KK Dengkil tuk wat scan. Kat sana doktor yang menge'cek' ku itu telah berkata "i think u should go directly to HPJ, bcz i'm not sure kat mana uri u" dlm hatiku sangatla pelik, krn doc 2 ckp kepala bb da kat bwh *(jd, ofcz la uri kat atas kan???tul x?)
Dependekkan cerita, aku terus ke HPJ (hsptal Putrajaya). punya ler lama nak tunggu nama dipanggil, besela 2 kan...(bukan spital Swasta) . Setelah nomborku dipanggil, diriku terus je di cek oleh doktor. Bila d Scan Sx lg, de kata kedudukan bb lam keadaan normal, so aku pun lega. Tapi tetiba de soh check in wad... lorh...pasal pe plak ni, ku da mula suspen. Rupa2nya ketuban da leaking... tp sepanjang mngandung, xde plak air yang kuar, 2 yg pelik 2... then doc soh dftar wad.

sbb nak induce ptg 2 jugak. bila g daftar, dorg soh tunggu cz wad da penuh, then bila da kosong br dorg call. jd sy pun amik keputusan tuk berjalan2 di Alamanda bersama Hubby... hehehe...siap g tgk wayang lagi. tunggu punya tunggu, dorg x call2 pun... Mama sy xberenti2 call tuk tahu perkembangan samada da masuk wat @ blom n her advise soh g spital tanya balik. after solat asar, ktorang gerak la ke HPJ...bila g kat kaunter kemasukan wad, dorg da tutup n soh g kat kecemasan...pergh...mmg sangat cemas...sbb time 2 tgah berleluasa H1N1... tunggu..tunggu.. dan tunggu lg... akhrnya ada 1 katil kosong kat kelas 2. time 2 da pukul 6.45pm. Jd en. hubby pun kene balik. mlm 2 dorg peksa bacaan jantung, tp bacaan 2 x stabil, jenuh nurse 2 dok geletek2 perut, tp bacaan ttp x cntik katanya . keesokkan harinya 7.30am br induce. sampai kol 1pm masih tiada bukaan. bila wat cek jantung baby 2, bacaan x stabil. hati mmg da x keruan, 1st time la katakan, tambahan plak akk2 kat wad tu dok bercerita tntng pengalaman dorg. lagila takut..mmg ter'saiko' gak la... dalam kol 1.30pm nurse soh g bilik blakang, nak induce lg. tp Doc india 2 xnak induce dah... de wat apa tah...yg aku thu akk2 tu gelar 'SS'. Sakitnya time doktor 2 buat... dah la kasar. mcm nak tendang je doktor 2...upss

ptg 2 masih lg cek bacaan jntung...still sama, xkan bb ni tdo je...tp nurse ngan doc x kata pape pun. 8pm Jalan br 2cm. gundah gelana dibuatnya. kontraksi cuma 5minit sx. Ku x benarkan Hubby balik. sbb takut bila de balik nti ku terberanak, de xde plak kat c2. Ku amik peluang berjalan2..kunun2 nya nak cepatkan proses bukaan la... dalam masa yang sama dok msg hubby soh de naik temankan kat luar wad. time 2 mmg dah terasa sangat sakit bila kontraksi... bila hubby call je, berjurai2 la air mata ni... Nak jugak hubby naik temankan kat luar wad 2. tp bukan ley lelama, adala dlm 20mnt je... tgk muka hubby time 2 mmg dah penat sgt2... cian hubby...1am cek bukaan lg, br 3cm doktor muda 2 kata, ni mesti sok pg br beranak, last2 de dapat call dr doktor india yg wat SS 2... doc 2 soh pecahkan ktuban then tolak masuk labour room...

Bila kat labour Room ku da suspen.. call hubby x bjawab2 sdgkan sbelum 2 dok msg. Rupa2nya hubby da tertidor. letih sgt katanya. Lepas tukar baju, Hubby pun da ada kat lam labour Room 2. Hilang sedikit kerisauan dan gundah gulana. Call mama mintak maaf. mintak mama doakan moga sumenya selamat. mintak maaf kat hubby... kot2 la xley jmpe dah pasni.

sbb bukaan yang sgt slow, jd doc masukkan ubat melalui tiub air. saat 2 kontraksi da makin kerap. sakitnya x dapat ditahan2. smbil sedut gas, ku gngam kuat tangan hubby. mintak de tlg bukakan surah yasin letak tepi tlinga. sambil 2 nurse wat pmerikssan jantung bb. Ya ALLAH... sakitnya mmg x tertahan. ku siap soh hubby tanya xde ke ubat penahan sakit. sbb gas da x berkesan tukku.. tp doktor xnak bg. katanya bb kkurangan oksigen. tkut nti kesan de lbey teruk. So aku terus bertahan dengan Gas. Pg 22.08.09 hari pertama tuk umat islam bersahur dan berpuasa, Hubby cuma bersahur dgn kurma dan air milo yang nurse bg. Ia juga merupakan hr yang pertama ku merasai pengalaman bersalin. 6am ketuban dah kering. bukaanku cuma 6cm. Jd doktor dan nurse kelam kabut memasuki bilikku. Bila lihat pd bacaan jantung baby, doktor x mahu menunggu lagi. aku dinasihatkan tuk menjalani pembedahan. Mulanya mmg aku bantah. aku xnak scisor. tp doktor semua telah memaksa aku menandatangani surat scisor. ketika pindah katil, aku sedang alami kontrasi, nurse menyuruh aku mengangkat bdn supaya senang mereka menolak ku ke atas katil. bila ku kata aku sdg sakit, ada 1 nurse 2 agak kasar pertuturannya. dah la aku tgah bertarung ngan sakit, de plak bley memarah aku. lepas2 2 3 nurse bertanya samada aku memakai brg kemas @ x. naik angin jugak sekejap. dah aku kata xpkai, nurse yg len plak bertanya soklan yg sma. setelah itu ku ditolak ke operation Room. doktor telah menyuntik bius di belakangku. aduh... sakitnya...sesudah i2 ku x thu apa yg brlaku. kerana diriku berada dalam keadaan yang mamai disebabkan oleh terlalu byk menyedut gas. jam 7.53am dalam keadaai separuh sedar, ku terdengar tangisan yang amat menyentuh naluriku...Alhamdulillah, bayiku seberat 2.88kg selamat dilahirkan, tanpaku sedari menitis air mata ini saat bayi i2 ditunjukkan kpdku. indahnya perasaan saat bergelar ibu. Perasaan yang x mmpu digambarkan dengan kata2...

Stelah 3hr di HPJ, ak dibenarkan pulang. namun pd hari ke6, bayiku didapati mengidap jaundis. hampir setiap hr kami berulang alik ke klinik tuk memperoleh bacaan darah. saat darahnya diambil, Bayiku langsung x menguit. apatahlagi menangis. cuma aku yg merasa sedih. bacaan jaundisnya cuma pd tahap biasa, namun jaudisnya berlarutan sehingga hbs pantang. bayangkan berapa banyak kali darahnya diambil. sehinggakan pd 1 ketika kami perlu membawa bayi ke pakar kanak2 tuk dilakukan ujikaji mengapa jaudisnya terlalu lama. 2 botol darah perlu diambil tuk ujian tersebut. Aku sendiri menyaksikan saat drahnya diambil. aduh ngilu rasanya ketika i2. tp bayiku cuma menangis sedikit. Alhamdulillah, setelah pelbagai ujian dilakukan termasuk scan buah pinggang, akhirnya kami tidak perlu lagi berulang alik ke klinik mahupun hospital, anakku selamat dr sebarang penyakit. Syukurlah kesabaran ku berulang-alik ke hsptal selama ni dibalas dengan penyudahan yg baik. Kini anakku membesar dengan sihat dan sempurna.


Monday, March 01, 2010

NORASAKRI SHOPPE GIVEAWAY



Eceli last minute join contest ni... harap2 penyertaan diterima...

hadiahnya??? tengok la kat cni Norasakri Shoppe

Sunday, January 31, 2010

CUTEST BABY WITH DIAPERS



salam semua .
sempena tahun baru ni, mama emylia telah menganjurkan satu contest yang diberi tajuk 'cutest baby with diapers' dan sempena tahun baru ni jugak, ummy mengambil keputusan tuk join contest yang dianjurkan oleh mama emylia . setelah ummy menggodek2 gmbar2 adam, ummy terjumpe pic de yang x berbaju dan pakai diapers . hehehe... sangat suka pic ni . nmpak comel je ngan perot de yg bolat 2 .
Ni la chubby kesayangan ummy tuuu ... :

Nama : Ahmad Adam Ramadhan bin Ahmad Helmi Izanee

Lahir pada : 22 ogos 2009 @ 1 Ramadhan 1430H


uols pun msti ada gmbar2 BB uOls yang memakai diapers kan?? so apa lagi, Jomla kita meriahkan contest ni & memeningkan kepala tuan Blog tuk mencari pemenang .
Andai kata uols nak join gak contest ni, sila la klik kat SINI
utk mengetahui syarat2nya .

Happy cloth diapering giveaway

*** Sticky Mode till 31st Jan ***



salam semua, kali ni ummy join contest lg... contest kali ni anjuran Happy cloth diapering . Ummy join yang kategori B . Tujuan ummy join ni, sje nak cite pengalaman dan kenapa ummy menggunakan CD... Pertamanya mesti la sbb JIMAT . yang kedua adam SELESA memakainya walaupun berejam2 x tukar (hehehe...kes m*l*s la ni) dan x bocor pun . ketiga ummy dah pindah dok kat kampung, so bila da x pakai DD, kg ummy LEBIH TERJAMIN tanpa sisa buangan yang banyak (sbbnya sampah2 disini akan dibakar, so xelokla bila bakar najis kan!!!) . Disamping tu, akan kekal la kehijauan di kg ummy .

pengalaman plak, senang nak cuci, cepat kering dan berkualiti


ok kat cni ummy upload pic adam yang seronok pakai CD

lihatla betapa seronoknya sy ber' CD
Nama : Ahmad Adam Ramadhan
Umur : 4 bulan (nak masuk 5bulan dah ni)

Tuesday, January 26, 2010

CONTEST MIELA77 AKSI BABY BERCD'ING

*** ENTRI MELEKAT HINGGA 26 JANUARI 2010 ***



INI MERUPAKAN CONTEST MIELA77 ONLINE SHOPPE YANG KEDUA DIANJURKAN DAN BERSEMPENA DENGAN TAHUN BARU NI.


nak tahu syarat2 ngan hadiahnya??? klik sini



pic ni ummy ambil kali pertama adam pakai cd . kira br nak berjinak2 ngan cd la ni . Tengokla, budak kecik ni sgt seronok memakai CD :) .


Nama : Ahmad Adam Ramadhan

Umur : 4 bulan


Lihatlah aksi2nya :



Meh ler ramai2 kita Meriahkan contest yang dianjurkan oleh MIELA77 . Semoga miela success dlm online bisnes ni .

Wednesday, January 20, 2010

~ SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest ~





Antara syarat-syarat contest:
1) Yang Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila linkkan blog kami di blog list anda
~Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka.
~Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu
~Sila tinggalkan link anda di entry ini

2) Yang Tidak Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila hantarkan gambar anak anda melalui email.
~Emailkan ke sweetlovelyshoppe@yahoo.com
~Sila letakkan subject anda sebagai CONTEST
~Sila sertakan sekali nama anak, umur dan nama anda


jom layan pic ni

.

.

.

.

.

.


ummy sgt suka gambar ni . nampak natural je senyum de 2 . walaupun senyuman xla semanis mana pun . gmbar ni diambil dekat kawasan rumah k.ipar ummy, sbbnya bunga kat belakang 2 sgt cantik .




Nama : Ahmad Adam Ramadhan

Umur : 4 bulan

Nama ibu : Asma' A.K.A ummu adam



Tarikh Tutup Peraduan :20 JANUARI 2010

Sunday, January 10, 2010

Always be My Baby Contest !

salam semua....
Tahun baru ni still dlm mood contest . contest kali ni dianjurkan oleh adik Azfar Hani


oleh kerana syarat2 nya sangatla mudah, sy pun berbesar hati tuk join .
1)Just perlu letakkn picture KAMU bersama Budak KECIL atau BABY
2) Buat quotes ataw kata-kata ringkas yang menggambar kan gambar tesebut
*RINGKAS SAHAJA ,oke?*

3) kreativiti anda diambil kira =)

4) Post kan link anda di comment column.

5) tarikh tutup contest ini adalah pada 10JANUARI 2010

Come on people.Meh pakat join ini Contest =)
nak tahu lebih lanjut KLIK SINI
.
.
.
.
.
pix yang jd pilihan :



We'll br balik dr knuri . c kecik ni da ngantuk . inilah hasil muka beliau


You will always be my baby and I'll love you forever and ever

Wednesday, January 06, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST_by Mama Aqish

****sticky mode . 4 new entry,scroll down****




nak try join contest sx lg... manala thu rezeki adam. btol x??
contest ni dianjurkan oleh Mama_aqish dan disponser oleh Branded baby clothes & ClickClickShoppe. nak thu lebih lanjut klik la kat link atas 2.

inilah diantara syarat2nya :
1. Add @ Link Mama_Aqish , Branded Baby Clothes & ClickClickShoppe di blogroll/bloglist anda. -done


2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes - done


3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja -done


4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish) -done


5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 6hb January 2010 -done


6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan.. -done


7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini... -done

8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES & ClickClickShoppe




9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....

inilah pic pilihan yg dipertandingkan





NAMA : AHMAD ADAM RAMADHAN

UMUR : 3 BULAN 5 HARI

TARIKH LAHIR : 22 AUGUST 2009

harap2 semuanya dah lengkap.

Thursday, December 31, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Sempena birthday ibu rifqizuhairi yang ke 29..beliau teringin plak nak wat contest dek kerana beliau asyik join contest je...jd marilah kita bersama2 memeriahkan lagi giveaway beliau ni .

Inilah dia keseriusan muka Adam


time de kepanasan




tgah tension pasal ummy de xnak angkat


menunggu d klinik sbelum kene cucuk

baru bangun tido



Nama budak cute ni : Ahmad Adam Ramadhan bin Ahmad Helmi Izanee

Tarikh Lahir : 22 August 2009

Umur Sekarang : 3 bulan 15 hari

Marilah kita beramai2 memeriahkan lagi Giveaway ni

Wednesday, December 30, 2009

"Ceria Si Ayah bersama anak"




contest lagi!!!


Sebenarnya xterlintas pun nak join contest ni . time dok tgah edit2 gambar Adam, tiba2 termuncul 1 pic Adam bersama Abahnya . i2 yg tetiba je meng'join'kan diri dalam contest ni .

Jom layan jap... bersempena dengan en Harry nye bestday bulan 12 Dis nie . Tuan rumah iaitu Pn. FASHA menganjurkan contest ini . kepada sesiapa yang berminat N ada pic2 anak bersama2 abahnya, jom join contest ni .


syarat2 nya :

1. Wajib menjadi follower Fasha dan sposor Pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok..)

2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini.

4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti..

5. Umur anak mestilah dari dah pandah senyum hingga 12 tahun..

Cara2 nya :

1. Upload 1 sahaja gambar aksi ceria si suami bersama anak anda.. klu banyak kang juling lak bijik mato mak cik ngan juri2 nak menilainyo..kihkihkih
Upload 1 gambar si ayah dan anak beramai2 pun boleh tp pastikan ianya CERIA..

2. Nyatakan nama si ayah + anak. Nama glamour je tau..x yah pjg@ buat ponek jo jari jemari menaip...hehehe


3. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog Fasha (no link back will be disqualified)


4. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini




jeng...jeng..jeng....




jadi, inilah gmbar yg dipertandingkan


Nama ayah : Helmi


Nama anak : Adam


Gambar yg diambil wak2 kitorang cuti kat bukit tinggi


Senang je kan tuk join contest ni . so apa lg, jom la meriahkan contest Tuan Blog ni .

Thursday, December 24, 2009

cutest with nice smile baby

&ita Maternity would like to have a giveaway as a token of appreciation to her friends and customer. visit &ita Maternity for more details.

'Create

The contest will run for one month until 23 December 2009 . The winner will be selected based on the most cutest smile. She will announce the lucky winners on 25 December 2009.


my baby cutest smile



Nama : Ahmad Adam Ramadhan
Umur : 3 bulan

Friday, December 18, 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

23 Disember ni genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K. so, sempena dengan itu, Mrs.k dengan seikhlas hati nak anjurkan contest khas untuk ibu/ummi/mama/mummy bloggers...

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini akan bermula pada, 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm.



Meh tengok syarat² nye...


1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.


2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.


3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.


5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

Jom ramai-ramai meriahkan Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!

utk mengetahui lebih lanjut tentang hadiahnya klik sini

Inilah gambar hr pertama Adam dilahirkan

.: sumber kekuatan ummi :.
Ahmad Adam Ramadhan
umur : 3bulan
New born @ 22 ogos 2009
7.53am at hospital putrajaya


Anak merupakan hadiah terindah dari yang Maha Esa . perasaan yang lahir dari hati seorg ibu taktala melihat bayi yang dikandung selama 9 bulan adalah perasaan yang paling indah . ia hadir tanpa dipaksa, apatah lagi disengajakan . kesyukuran yang x terhingga daku panjatkan kpd yg Esa kerana bayi ku selamat walaupun terpaksa melalui kaedah pembedahan . 22 ogos, 7.53 am kedengaran tangisan yang amat dinantikan . syukurlah bayi ku selamat . menitis air mata ini apabila bayi itu ditunjukkan kepadaku . kegembiraan dan kebahagian yang x dapat digambarkan . segala kesakitan yang ditanggung seakan hilang begitu sahaja . hadir satu perasaan yang sangat indah taktala melihat dan menyusui anakku. si kecil yang seakan mengerti kehadirannya dinntikan lena dalam dakapanku .
Tiada apa yang diharapkan dari seorang anak melainkan ingin melihat dirinya membesar dengan sihat dan sentiasa mengingati ibu dan ayahnya . Harapan ummi agar Adam menjadi anak yang soleh . taat pada Allah dan Rasul . Buatlah apa yang diperintahkan oleh Allah, jauhi segala yang dilarang.



Terima kasih yang x terhingga kepada ibu hadif kerana menganjurkan Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah . semoga ibu hadif success dalam dunia blogger .

Sunday, December 06, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

assalamualaikum... ni kira 1st contest yg sy join la . sbbnya tertarik untuk menayangkan baby sy yg chumel ni. pd uolls yg nk join jugak sila la klik butterfly



Gambar yang jd pilihan sy




Nama de AHMAD ADAM RAMADHAN . umur 3 bulan 5hari . gambar ni dalam senarai top10 pilihan sy . sbbnya gmbar ni sangat kiut miut . lgpun adam pandang kamera tanpa perlu disuruh . namanya diletak sempena kelahiran pd 1st ramadhan jam 7.53am .

Hadiah disponsor oleh :
CUDA

sy memang tertarik dengan baju2 kat bawah ni . sbbnya sy suka MERAH,MERUN dan seangkatan dengannya.


kerja tangan yg sgt memuaskan




klu menang yg ni bleh la tukar jd AGM 1680 (hehe bleh ker?)

Sunday, January 25, 2009

"SuRv3y SuRv3y" Giv3AWay CoNT3sT

Assalamualaikum w.b.r.t.
Dengan segala hormatnya sy telah dijemput tuk memeriahkan giveaway ni .
thanks to mama reen sbb jmput sy
tnpa membuang mase, jom tgk tengok syarat2 nye :

1. Sememangnyer tiade syarat2 yang pelik+menyusahkan...semua leh join yang ader blog ker xde ker, follower or not follower ker, tue, mude, kecik, besau boleh join but hanyer valid untuk sekali penyertaan sahaje.

2. Buat satu karangan berkenaan dengan macam mane nak memantapkan lagi ShopBlog Mama contohnyer dari segi blog designnyer ker, products, price, service dll...boleh selitkan juga idea, pendapat serta komen2 yang membina pada karangan uols tu..tapi bukan yang membinasakan k!

3. Panjang karangan terpulanglah pada uols...tapi janganlah pulak sampai panjang berjela macam novel yer..letih Mama nak bace...Cume 1 jer Mama mintak, tolong buat tajuk karangan sebijik2 macam yang Mama buat : "SuRv3y SuRv3y" Giv3AWay CoNT3sT kalau tak ikut otomatik penyertaan uols tu di"terminate".

4. Pada yang ader blog jangan lupe wat LINK BACK ke ShopBlog Mama pada entry (karangan) tu yer...kalau dah siap...inform Mama dengan memberikan details uols dan link entry (karangan) pada comments box kat bawah nie atau shoutbox (yang berwarna biru) untuk memudahkan Mama menerjah masuk ke blog uols. Pada yang xde blog just e-mailkan aje karangan uols ke duniasimanja09@yahoo.com.my

5. Pemilihan pemenang2 berdasarkan kepada idea dan pendapat yang bernas+kreatif.

6. Pemenang2 akan dipilih oleh Mama sendiri. Keputusan adalah muktamad.
nak tahu hadiah2nya??? klik sini

Ini komen dan ulasan sy :\\

pertama sx tahniah to mamaReen coz da terlibat lam dunia bisnes internet . TAHNIAH ! ! !
sy adalah salah seorang pembeli dr web MamaReen ni . so far sy sangat berpuas hati dengan barang2 yg telah dijual oleh beliau . harganya juga sangat berpatutan (sbb 2 sy beli ) . Dulu design blog de, xdelah menarik sangat , adakalanya susa nak bace, cz tulisan x nmpak . tp Alhamdulillah MamaReen telah membuat perubahan pada Blog beliau . ianya sangat menarik + cantik .
tp, sy lbey suka banner yang lama . lg menarik (nmpak cm comel2 je) . pd uols, sy xthu le cmne (ni pada pndangan sy la) . Servis penghantaran pun ok .
sy ada sedikit cadangan pada MamaReen, rajin2 la wat harga runtuh . tp dateline de x perlu lama2 . 2hr je (sape cpt, de daPAT) bleh ke MamaReen??? selain tu, leh banyakkan jualan product cthnya, cloth diapers, baby jumper .
Pricenya mstila berpatutan kan??? sekarang pun price nya banyak yang berpatutan N x membebankan .
Hopefully MamaReen success dalan dunia ShopBlog ni...