ku join lagi contest... tajuk nye lebey kurang ngan entry yang ku join pd tahun lepas. cuma kali ni berbeza penganjur. 22.08.09 merupakan detik yang terindah buat diriku... biarpun melalui pelbagai rintangan jua halangan, namun aku berjaya menempuhinya...Biar ku mulakan detik sebelum dimasukkan ke wad bersalin. 20.08.09 sy ke KD pulau meranti tuk wat checkup 38weeks. tiada apa yang membimbangkan saat itu kerana tiada tanda2 ataupun sakit dimana2. Selesai check up, ku telah diminta tuk ke KK Dengkil tuk wat scan. Kat sana doktor yang menge'cek' ku itu telah berkata "i think u should go directly to HPJ, bcz i'm not sure kat mana uri u" dlm hatiku sangatla pelik, krn doc 2 ckp kepala bb da kat bwh *(jd, ofcz la uri kat atas kan???tul x?)
Dependekkan cerita, aku terus ke HPJ (hsptal Putrajaya). punya ler lama nak tunggu nama dipanggil, besela 2 kan...(bukan spital Swasta) . Setelah nomborku dipanggil, diriku terus je di cek oleh doktor. Bila d Scan Sx lg, de kata kedudukan bb lam keadaan normal, so aku pun lega. Tapi tetiba de soh check in wad... lorh...pasal pe plak ni, ku da mula suspen. Rupa2nya ketuban da leaking... tp sepanjang mngandung, xde plak air yang kuar, 2 yg pelik 2... then doc soh dftar wad.
sbb nak induce ptg 2 jugak. bila g daftar, dorg soh tunggu cz wad da penuh, then bila da kosong br dorg call. jd sy pun amik keputusan tuk berjalan2 di Alamanda bersama Hubby... hehehe...siap g tgk wayang lagi. tunggu punya tunggu, dorg x call2 pun... Mama sy xberenti2 call tuk tahu perkembangan samada da masuk wat @ blom n her advise soh g spital tanya balik. after solat asar, ktorang gerak la ke HPJ...bila g kat kaunter kemasukan wad, dorg da tutup n soh g kat kecemasan...pergh...mmg sangat cemas...sbb time 2 tgah berleluasa H1N1... tunggu..tunggu.. dan tunggu lg... akhrnya ada 1 katil kosong kat kelas 2. time 2 da pukul 6.45pm. Jd en. hubby pun kene balik. mlm 2 dorg peksa bacaan jantung, tp bacaan 2 x stabil, jenuh nurse 2 dok geletek2 perut, tp bacaan ttp x cntik katanya . keesokkan harinya 7.30am br induce. sampai kol 1pm masih tiada bukaan. bila wat cek jantung baby 2, bacaan x stabil. hati mmg da x keruan, 1st time la katakan, tambahan plak akk2 kat wad tu dok bercerita tntng pengalaman dorg. lagila takut..mmg ter'saiko' gak la... dalam kol 1.30pm nurse soh g bilik blakang, nak induce lg. tp Doc india 2 xnak induce dah... de wat apa tah...yg aku thu akk2 tu gelar 'SS'. Sakitnya time doktor 2 buat... dah la kasar. mcm nak tendang je doktor 2...upss
ptg 2 masih lg cek bacaan jntung...still sama, xkan bb ni tdo je...tp nurse ngan doc x kata pape pun. 8pm Jalan br 2cm. gundah gelana dibuatnya. kontraksi cuma 5minit sx. Ku x benarkan Hubby balik. sbb takut bila de balik nti ku terberanak, de xde plak kat c2. Ku amik peluang berjalan2..kunun2 nya nak cepatkan proses bukaan la... dalam masa yang sama dok msg hubby soh de naik temankan kat luar wad. time 2 mmg dah terasa sangat sakit bila kontraksi... bila hubby call je, berjurai2 la air mata ni... Nak jugak hubby naik temankan kat luar wad 2. tp bukan ley lelama, adala dlm 20mnt je... tgk muka hubby time 2 mmg dah penat sgt2... cian hubby...1am cek bukaan lg, br 3cm doktor muda 2 kata, ni mesti sok pg br beranak, last2 de dapat call dr doktor india yg wat SS 2... doc 2 soh pecahkan ktuban then tolak masuk labour room...
Bila kat labour Room ku da suspen.. call hubby x bjawab2 sdgkan sbelum 2 dok msg. Rupa2nya hubby da tertidor. letih sgt katanya. Lepas tukar baju, Hubby pun da ada kat lam labour Room 2. Hilang sedikit kerisauan dan gundah gulana. Call mama mintak maaf. mintak mama doakan moga sumenya selamat. mintak maaf kat hubby... kot2 la xley jmpe dah pasni.
sbb bukaan yang sgt slow, jd doc masukkan ubat melalui tiub air. saat 2 kontraksi da makin kerap. sakitnya x dapat ditahan2. smbil sedut gas, ku gngam kuat tangan hubby. mintak de tlg bukakan surah yasin letak tepi tlinga. sambil 2 nurse wat pmerikssan jantung bb. Ya ALLAH... sakitnya mmg x tertahan. ku siap soh hubby tanya xde ke ubat penahan sakit. sbb gas da x berkesan tukku.. tp doktor xnak bg. katanya bb kkurangan oksigen. tkut nti kesan de lbey teruk. So aku terus bertahan dengan Gas. Pg 22.08.09 hari pertama tuk umat islam bersahur dan berpuasa, Hubby cuma bersahur dgn kurma dan air milo yang nurse bg. Ia juga merupakan hr yang pertama ku merasai pengalaman bersalin. 6am ketuban dah kering. bukaanku cuma 6cm. Jd doktor dan nurse kelam kabut memasuki bilikku. Bila lihat pd bacaan jantung baby, doktor x mahu menunggu lagi. aku dinasihatkan tuk menjalani pembedahan. Mulanya mmg aku bantah. aku xnak scisor. tp doktor semua telah memaksa aku menandatangani surat scisor. ketika pindah katil, aku sedang alami kontrasi, nurse menyuruh aku mengangkat bdn supaya senang mereka menolak ku ke atas katil. bila ku kata aku sdg sakit, ada 1 nurse 2 agak kasar pertuturannya. dah la aku tgah bertarung ngan sakit, de plak bley memarah aku. lepas2 2 3 nurse bertanya samada aku memakai brg kemas @ x. naik angin jugak sekejap. dah aku kata xpkai, nurse yg len plak bertanya soklan yg sma. setelah itu ku ditolak ke operation Room. doktor telah menyuntik bius di belakangku. aduh... sakitnya...sesudah i2 ku x thu apa yg brlaku. kerana diriku berada dalam keadaan yang mamai disebabkan oleh terlalu byk menyedut gas. jam 7.53am dalam keadaai separuh sedar, ku terdengar tangisan yang amat menyentuh naluriku...Alhamdulillah, bayiku seberat 2.88kg selamat dilahirkan, tanpaku sedari menitis air mata ini saat bayi i2 ditunjukkan kpdku. indahnya perasaan saat bergelar ibu. Perasaan yang x mmpu digambarkan dengan kata2...
Stelah 3hr di HPJ, ak dibenarkan pulang. namun pd hari ke6, bayiku didapati mengidap jaundis. hampir setiap hr kami berulang alik ke klinik tuk memperoleh bacaan darah. saat darahnya diambil, Bayiku langsung x menguit. apatahlagi menangis. cuma aku yg merasa sedih. bacaan jaundisnya cuma pd tahap biasa, namun jaudisnya berlarutan sehingga hbs pantang. bayangkan berapa banyak kali darahnya diambil. sehinggakan pd 1 ketika kami perlu membawa bayi ke pakar kanak2 tuk dilakukan ujikaji mengapa jaudisnya terlalu lama. 2 botol darah perlu diambil tuk ujian tersebut. Aku sendiri menyaksikan saat drahnya diambil. aduh ngilu rasanya ketika i2. tp bayiku cuma menangis sedikit. Alhamdulillah, setelah pelbagai ujian dilakukan termasuk scan buah pinggang, akhirnya kami tidak perlu lagi berulang alik ke klinik mahupun hospital, anakku selamat dr sebarang penyakit. Syukurlah kesabaran ku berulang-alik ke hsptal selama ni dibalas dengan penyudahan yg baik. Kini anakku membesar dengan sihat dan sempurna.
No comments:
Post a Comment