Tuesday, November 02, 2010

cerita tentang teruna kecik

lama sudah blog ini tidak di hupdate . hehe... bukan apa, x berkesempatan... tambahan lg bila start on laptop je, si kecik ni, msti nyibuk dan menyukarkan ummy de ni nak menaip...
hari ni, de bangun pukul 5.30pg, sgt awal.... jadiknya sekarang ni dia tengah tido. hik..hik...

Sejak dia berumur setahun ri2, ummy xdak buat apa2 pun tuk de, expc BIRTHDAY parti... sian de... bukan pe, ummy xnak mengajar benda2 remeh cmtu... cukupla dengan Doa yang ummy dan abah titipkan buat si manja.
sekarang dah pandai macam2...

- berjalan
- berlari
- sebut 'Nak' dengan jelas sekali
- sebut 'DAH' bila dah xnak sesuatu yang tgah pegang @makan.
- sebut 'BUAH' bila tgk gambar2 buah2an @ buah atas meja
- sebut ' BUAI' bila nak tido
- buat bunyi ' ghhikkkkkkkkkkkkkkk' (mcm bunyi nak buang kahak) bila tgk bunga
- suka ketuk2 meja @ almari
- asal nmpak stroller de, kelam kabut nak naik dok atas tu.
- Tokwan  de ada 1 kerusi khas, asal tokwan bangkit dr kerusi masuk bilik, de tak kisah pun nak duduk... tp bila time nmpk tokwan de kelur bilik nak dok kat kerusi, dia pun berterabur lari berebut nak dok kat kerusi tokwan de tu...
kadang2 terketawa melihat keletah dia.... tp kalau time de mengamuk, (bak kata maknjang de) seDUET xguna... mmg sungguh2 de menjerit... yang paling tak tahan sekali, bila ummy de masuk bilik air, dia pun mula la meraung macam kena pukul. uish... naik tension dibuatnya... kita nk pee o poopoo pun terganggu.
tak bleh nak berenggang langsung dengan ummy de ni....
ish...ish... anak ummy makin cepat belajar. 
sebelum ni, dok ngajar de bila da habis minum susu dalam botol, letak kat sinki dapur, sampah buang dalam tong. ALHAMDULILLAH... dia dah faham dan dah praktik pun....
semalam saja test suruh dia buang sampah... then slow2 ummy g ngintai... sangat2 seronok bila nmpak de buang sampah tu dlm tong sampah...
uish... byk lagi sebenarnya nak bercerita tentang teruna kecik ni.... tp masa tak mengizinkan... nak kena masak dulu sementara se kecik ni tengah tido.
sementara tu, layan dulu pic2 yang di upload ni..

: sebelum ni xde plak nak isap2 puting... ni ttbe ngengada plak :

: tgk la... tesengih... cumel kan??? :


: tgah belajar pasal binatang :

Tuesday, September 07, 2010

kasih ibu tiada akhirnya

8hb june 2010 . 5:23am
mak pergi bertemu penciptaNYA . Tiada kata2 yang dapat dizahirkan . Hanya mampu berdoa agar rohnya ditempatkan bersama para s0lehin . Al-Fatihah~
Dia ibu yg penyayang dalam ketegasan, sifatnya begitu mulia . Xpernah lokek tk membantu org, samada dr segi kwngan mahupn tenaga. Dia suka menziarahi sesiapa pn yg dkenalinya .
Takdir ak menemaninya cuma 6bulan . Xpernah sekalipn ku dgr rungutan dr bibirnya . Ak bersyukur krn ALLAH memberikan ak kekuatan tk menghadap saat nyawanya diambil . Sehingga akhir hayatnya dia tidak menyusahkn sesiapa pn . Dalam usia 74thn, dia masih kuat tk melakukan segala2nya tanpa bantuan .
Segala jasa dan pengorbanannya akan dkenang sehingga akhir hayat ini...
Al Fatihah kukirim buat arwah ibu mertua yg ku syngi . Sehingga kesaat ini, ak masih merasakan yg dia masih ada bsama kami .
Al FATIHAH buat Che' Gon binti Mohamed

Monday, September 06, 2010

dah bersawang

salam.
Lama sungguh x meng 'hupdate' blog ni... Dah bersawang2...
Byk perkara yg terjadi sepanjang beberapa bulan ni.
Nntila cerita satu satu... (letih)
Anakanda terchenta pn dah berumur 1 tahun.
Mcm2 perangai dia dpt . Menggelikan hati bla tgk gelagat dia.
Dia dah boleh berjalan dah . Habis semua kwsn rumah dia jelajah. Siap memunggah2 lg....
Aduh... Lth sungguh rasanya...
Tp itula, sementara nak membesar, kenala byk bersabar .

Sunday, May 23, 2010

last weekend at Teluk Batik wif My Family

entry yang dah lapok dalam draft . tp nak kuar kan jugak .

eceli Abah, Mama, adik N  my Nephew ( muhammad aqil hakimi ) datang rumah sy kat PADANG TEMBAK (rumah MIL sebenarnya) so, pg2 ahad tu sy dah siap2 N kejutkan my Hubby N son's yang tengah tdo tu nak g teluk batik...

ish... malas plak nak cite panjang2... layan j la pic2 ni...







Tuesday, May 11, 2010

Lucky Draw



==============LUCKY DRAW============





kali ni sy join lucky draw yang dinjurkan oleh ariesreeve-babykidstuff ni...


antara syarat2 penyertaan, sila klik sini

setelah dibelek-blek blog kepunyaan owner ni, ummy jd sangat exited... sbbnya banyak baby stuff kat cni... so kepada kawan2 ummy yang tgah preggy tu, jenguk2 la blog ni, gerenti korg puas hati... rasa sedikit terkilan sbb br je terjumpa blog ni... tp 1 hr nnti, ummy akan memborong jugak disini insyaALLAH
 
Hadiah2 yang ditawarkan sangatla MAVELES... jom kengkawan join ini LUCKY DRAW....

1) PRELOVED PEG PEREGO STROLLER (BN RM1000++)

2) BRAND NEW MINNIE MOUSE KITCHEN PLAYSET (RM59)


3) PRELOVED LITTLE TIKES CRADLE (for dolls ye-not 4 babies okey) BN RM100++ YE...


4) BRAND NEW TOYS FOR LIL BOY (will update soon)

Friday, April 30, 2010

Mommy & Bebe Giveaway


assalamualaikum.
ummy join giveaway yg dianjurkan oleh mommy & bebe jom bace syarat2 penyertaan.
Assalamualaikum. Hai apa khabar semua, moga dalam keadaan sihat walafiat. Terkini!! kami  mengadakan giveaway @ nak beri hadiah khas buat pelanggan kami! Jom join giveaway! :) (Sila baca  term kat bawah yea..acctually pihak mommy & bebe ada buat update kat tarikh tutup dan hadiah…bg yg telah buat entry tu jangan lupa selalu2 lah jengah kat sini yea..bukan aper kadang tu hadiahnyer pandai bertambah hehe:) berkurang tidak ler pulak hehe :) )
Ok saat untuk menyertai giveaway mommyandbebe sudah bermula ayuh sertainya!
Syarat Penyertaan Mommy & Bebe Giveaway
  • Anda mestilah member berdaftar mommyandbebe.com (jika belum daftar-klik sini)
  • Hendaklah menjadi fan kami di facebook (sila klik di sidebar blog ini)
  • Anda perlu mengisi borang soal selidik Mommy & Bebe (di bawah sekali)
  • Sila copy paste kod banner di bawah dan letakkan di sidebar website / blog anda dan letak tajuk Mommy & Bebe Giveaway
  • Buat satu entry tentang Mommy & Bebe Giveaway di blog anda
  • Kemudian anda copy link entry tersebut kat ruang komen di bawah
  • Penyertaan bermula pada 24/02/2010 dan berakhir 26/03/2010 (update: berakhir pada 30 april 2010)
  • Pemenang akan diumumkan pada 31/03/2010 (update: pemenang diumumkan pada 1 mei 2010)
  • Mudah saja bukan? Yea! Tak pening kepala mengarang slogan dan sebagainya!
  • Pemenang akan dipilih secara rawak kat random.org yea!
  • Hanya seorang pemenang bertuah akan di pilih dan hadiahnya ialah:1CD 1 INSERT MOMMYANDBEBE MINKY CD!! (update: kami mencari 4 orang pemenang!) hadiahnya sila lihat kat image bawah ni :) selamat mencuba kengkawan semua :) )

Thursday, April 01, 2010

Cute & Creative Picture contest


jom meriahkan contest ni...masih ada masa lg. 11 Mac 2010 - 11 April 2010
contest dianjurkan oleh baby-iman koleksi

Syarat syarat penyertaan

1. Sila buatkan special entry di blog anda mengenai Cute & Creative Picture bersama sekeping gambar & details baby/anak anda. (Gaya, Idea, Deco yang creative... )

2. Sila tinggalkan comment anda disini untuk saya menjejaki link entry tersebut yer...

3. Sila nyatakan details baby/anak yer

Nama: Ahmad Adam Ramadhan

Umur: 7 bulan

Asal: kampung pandan

Emel & nama pengirim: iezixora15@yahoo.com
                                    ummu adam

gambar ni diambil sewaktu saya dan parents in law makan kat luar, masa ni adam masih blm pandai duduk sendiri.Tp scara x sengaja dia boleh duduk dengan baik didalam kerusi makan tu.


Friday, March 26, 2010

kraftangan

Assalamualaikum
entry kali ni, nak story pasal wat tote bag. tp jenis kecik punya.... dah kain yang sy pakai tu, hasil dari BELAS EHSAN kawan saya, ZANA. sbbnya sy g cr kain wane hijau cm de pnya, tp xde... dr kain yang di bg tu, sy dapat buat 3 benda.
1. Tote bag kecik
2. Pencil case (lupa nak amik gmbar de, sy telah pun hadiahkan kpd mama saya)
3. Tote bag Sederhana ( yg ni sy tepaksa mintak kakak sy tlg siapkan, sbbnya anak sy mengamuk dan sy takut beg tu x sempat siap)


inilah Hasilnya :

beg ni kecik je sebenarnya... ley isi 3 biji handphone, buku nota kecik pen, n purse yang isi syiling 2...
kat tali de, sy wat reben... hehehe... sebenarnya dah tersalah ukur panjang tali, 2 yg tetiba jadik reben.

**len kali sy update len pic tote bag yang sederhana tu, sbb sekarang, sy ada kerja nak disiapkan...

Thursday, March 25, 2010

BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah





ku join lagi contest... tajuk nye lebey kurang ngan entry yang ku join pd tahun lepas. cuma kali ni berbeza penganjur. 22.08.09 merupakan detik yang terindah buat diriku... biarpun melalui pelbagai rintangan jua halangan, namun aku berjaya menempuhinya...Biar ku mulakan detik sebelum dimasukkan ke wad bersalin. 20.08.09 sy ke KD pulau meranti tuk wat checkup 38weeks. tiada apa yang membimbangkan saat itu kerana tiada tanda2 ataupun sakit dimana2. Selesai check up, ku telah diminta tuk ke KK Dengkil tuk wat scan. Kat sana doktor yang menge'cek' ku itu telah berkata "i think u should go directly to HPJ, bcz i'm not sure kat mana uri u" dlm hatiku sangatla pelik, krn doc 2 ckp kepala bb da kat bwh *(jd, ofcz la uri kat atas kan???tul x?)
Dependekkan cerita, aku terus ke HPJ (hsptal Putrajaya). punya ler lama nak tunggu nama dipanggil, besela 2 kan...(bukan spital Swasta) . Setelah nomborku dipanggil, diriku terus je di cek oleh doktor. Bila d Scan Sx lg, de kata kedudukan bb lam keadaan normal, so aku pun lega. Tapi tetiba de soh check in wad... lorh...pasal pe plak ni, ku da mula suspen. Rupa2nya ketuban da leaking... tp sepanjang mngandung, xde plak air yang kuar, 2 yg pelik 2... then doc soh dftar wad.

sbb nak induce ptg 2 jugak. bila g daftar, dorg soh tunggu cz wad da penuh, then bila da kosong br dorg call. jd sy pun amik keputusan tuk berjalan2 di Alamanda bersama Hubby... hehehe...siap g tgk wayang lagi. tunggu punya tunggu, dorg x call2 pun... Mama sy xberenti2 call tuk tahu perkembangan samada da masuk wat @ blom n her advise soh g spital tanya balik. after solat asar, ktorang gerak la ke HPJ...bila g kat kaunter kemasukan wad, dorg da tutup n soh g kat kecemasan...pergh...mmg sangat cemas...sbb time 2 tgah berleluasa H1N1... tunggu..tunggu.. dan tunggu lg... akhrnya ada 1 katil kosong kat kelas 2. time 2 da pukul 6.45pm. Jd en. hubby pun kene balik. mlm 2 dorg peksa bacaan jantung, tp bacaan 2 x stabil, jenuh nurse 2 dok geletek2 perut, tp bacaan ttp x cntik katanya . keesokkan harinya 7.30am br induce. sampai kol 1pm masih tiada bukaan. bila wat cek jantung baby 2, bacaan x stabil. hati mmg da x keruan, 1st time la katakan, tambahan plak akk2 kat wad tu dok bercerita tntng pengalaman dorg. lagila takut..mmg ter'saiko' gak la... dalam kol 1.30pm nurse soh g bilik blakang, nak induce lg. tp Doc india 2 xnak induce dah... de wat apa tah...yg aku thu akk2 tu gelar 'SS'. Sakitnya time doktor 2 buat... dah la kasar. mcm nak tendang je doktor 2...upss

ptg 2 masih lg cek bacaan jntung...still sama, xkan bb ni tdo je...tp nurse ngan doc x kata pape pun. 8pm Jalan br 2cm. gundah gelana dibuatnya. kontraksi cuma 5minit sx. Ku x benarkan Hubby balik. sbb takut bila de balik nti ku terberanak, de xde plak kat c2. Ku amik peluang berjalan2..kunun2 nya nak cepatkan proses bukaan la... dalam masa yang sama dok msg hubby soh de naik temankan kat luar wad. time 2 mmg dah terasa sangat sakit bila kontraksi... bila hubby call je, berjurai2 la air mata ni... Nak jugak hubby naik temankan kat luar wad 2. tp bukan ley lelama, adala dlm 20mnt je... tgk muka hubby time 2 mmg dah penat sgt2... cian hubby...1am cek bukaan lg, br 3cm doktor muda 2 kata, ni mesti sok pg br beranak, last2 de dapat call dr doktor india yg wat SS 2... doc 2 soh pecahkan ktuban then tolak masuk labour room...

Bila kat labour Room ku da suspen.. call hubby x bjawab2 sdgkan sbelum 2 dok msg. Rupa2nya hubby da tertidor. letih sgt katanya. Lepas tukar baju, Hubby pun da ada kat lam labour Room 2. Hilang sedikit kerisauan dan gundah gulana. Call mama mintak maaf. mintak mama doakan moga sumenya selamat. mintak maaf kat hubby... kot2 la xley jmpe dah pasni.

sbb bukaan yang sgt slow, jd doc masukkan ubat melalui tiub air. saat 2 kontraksi da makin kerap. sakitnya x dapat ditahan2. smbil sedut gas, ku gngam kuat tangan hubby. mintak de tlg bukakan surah yasin letak tepi tlinga. sambil 2 nurse wat pmerikssan jantung bb. Ya ALLAH... sakitnya mmg x tertahan. ku siap soh hubby tanya xde ke ubat penahan sakit. sbb gas da x berkesan tukku.. tp doktor xnak bg. katanya bb kkurangan oksigen. tkut nti kesan de lbey teruk. So aku terus bertahan dengan Gas. Pg 22.08.09 hari pertama tuk umat islam bersahur dan berpuasa, Hubby cuma bersahur dgn kurma dan air milo yang nurse bg. Ia juga merupakan hr yang pertama ku merasai pengalaman bersalin. 6am ketuban dah kering. bukaanku cuma 6cm. Jd doktor dan nurse kelam kabut memasuki bilikku. Bila lihat pd bacaan jantung baby, doktor x mahu menunggu lagi. aku dinasihatkan tuk menjalani pembedahan. Mulanya mmg aku bantah. aku xnak scisor. tp doktor semua telah memaksa aku menandatangani surat scisor. ketika pindah katil, aku sedang alami kontrasi, nurse menyuruh aku mengangkat bdn supaya senang mereka menolak ku ke atas katil. bila ku kata aku sdg sakit, ada 1 nurse 2 agak kasar pertuturannya. dah la aku tgah bertarung ngan sakit, de plak bley memarah aku. lepas2 2 3 nurse bertanya samada aku memakai brg kemas @ x. naik angin jugak sekejap. dah aku kata xpkai, nurse yg len plak bertanya soklan yg sma. setelah itu ku ditolak ke operation Room. doktor telah menyuntik bius di belakangku. aduh... sakitnya...sesudah i2 ku x thu apa yg brlaku. kerana diriku berada dalam keadaan yang mamai disebabkan oleh terlalu byk menyedut gas. jam 7.53am dalam keadaai separuh sedar, ku terdengar tangisan yang amat menyentuh naluriku...Alhamdulillah, bayiku seberat 2.88kg selamat dilahirkan, tanpaku sedari menitis air mata ini saat bayi i2 ditunjukkan kpdku. indahnya perasaan saat bergelar ibu. Perasaan yang x mmpu digambarkan dengan kata2...

Stelah 3hr di HPJ, ak dibenarkan pulang. namun pd hari ke6, bayiku didapati mengidap jaundis. hampir setiap hr kami berulang alik ke klinik tuk memperoleh bacaan darah. saat darahnya diambil, Bayiku langsung x menguit. apatahlagi menangis. cuma aku yg merasa sedih. bacaan jaundisnya cuma pd tahap biasa, namun jaudisnya berlarutan sehingga hbs pantang. bayangkan berapa banyak kali darahnya diambil. sehinggakan pd 1 ketika kami perlu membawa bayi ke pakar kanak2 tuk dilakukan ujikaji mengapa jaudisnya terlalu lama. 2 botol darah perlu diambil tuk ujian tersebut. Aku sendiri menyaksikan saat drahnya diambil. aduh ngilu rasanya ketika i2. tp bayiku cuma menangis sedikit. Alhamdulillah, setelah pelbagai ujian dilakukan termasuk scan buah pinggang, akhirnya kami tidak perlu lagi berulang alik ke klinik mahupun hospital, anakku selamat dr sebarang penyakit. Syukurlah kesabaran ku berulang-alik ke hsptal selama ni dibalas dengan penyudahan yg baik. Kini anakku membesar dengan sihat dan sempurna.


Monday, March 01, 2010

NORASAKRI SHOPPE GIVEAWAY



Eceli last minute join contest ni... harap2 penyertaan diterima...

hadiahnya??? tengok la kat cni Norasakri Shoppe

Wednesday, February 17, 2010

update!!!

assalamualaikum...
Sorry 4 those yg mnunggu2 cerita terbaru dr sy. Ksibukan yg melanda mmbuatkn sy xsmpt tk update crita2 mhupun menj0inkn dri lam contest/giveaway yg ada.
Driku kini sgt bz mengawal pgerakan anak truna ku ini. De dah pndai menjulur ke depan dan sgt laju pgerakannya mmbuatkn ummy de ni xbleh leka walau sketika. Skrg ni tgah blaja tk merangkak. Skill merangkak(mengangkt punggung dan bdan) tu dah dpt. Cuma blm bleh merangkak kehadapan lg.

Alhamdulillah... Saat ini ALLAH masih lg memberi rzeki pd adam tk trus menyusu bdn sepenuhnya. Xbrapa lama lg adam dah nak msuk 6bln. Ummy sgt2 bsyukur krn susu ummy masih ckup tk adam membesar dgn sihat dan sempurna.

Ok la. Smpai cni dlu coretan kali ni... Adam dh mula mengamuk.

See on next episod...hehehe

Sunday, January 31, 2010

CUTEST BABY WITH DIAPERS



salam semua .
sempena tahun baru ni, mama emylia telah menganjurkan satu contest yang diberi tajuk 'cutest baby with diapers' dan sempena tahun baru ni jugak, ummy mengambil keputusan tuk join contest yang dianjurkan oleh mama emylia . setelah ummy menggodek2 gmbar2 adam, ummy terjumpe pic de yang x berbaju dan pakai diapers . hehehe... sangat suka pic ni . nmpak comel je ngan perot de yg bolat 2 .
Ni la chubby kesayangan ummy tuuu ... :

Nama : Ahmad Adam Ramadhan bin Ahmad Helmi Izanee

Lahir pada : 22 ogos 2009 @ 1 Ramadhan 1430H


uols pun msti ada gmbar2 BB uOls yang memakai diapers kan?? so apa lagi, Jomla kita meriahkan contest ni & memeningkan kepala tuan Blog tuk mencari pemenang .
Andai kata uols nak join gak contest ni, sila la klik kat SINI
utk mengetahui syarat2nya .

Happy cloth diapering giveaway

*** Sticky Mode till 31st Jan ***



salam semua, kali ni ummy join contest lg... contest kali ni anjuran Happy cloth diapering . Ummy join yang kategori B . Tujuan ummy join ni, sje nak cite pengalaman dan kenapa ummy menggunakan CD... Pertamanya mesti la sbb JIMAT . yang kedua adam SELESA memakainya walaupun berejam2 x tukar (hehehe...kes m*l*s la ni) dan x bocor pun . ketiga ummy dah pindah dok kat kampung, so bila da x pakai DD, kg ummy LEBIH TERJAMIN tanpa sisa buangan yang banyak (sbbnya sampah2 disini akan dibakar, so xelokla bila bakar najis kan!!!) . Disamping tu, akan kekal la kehijauan di kg ummy .

pengalaman plak, senang nak cuci, cepat kering dan berkualiti


ok kat cni ummy upload pic adam yang seronok pakai CD

lihatla betapa seronoknya sy ber' CD
Nama : Ahmad Adam Ramadhan
Umur : 4 bulan (nak masuk 5bulan dah ni)

Tuesday, January 26, 2010

CONTEST MIELA77 AKSI BABY BERCD'ING

*** ENTRI MELEKAT HINGGA 26 JANUARI 2010 ***



INI MERUPAKAN CONTEST MIELA77 ONLINE SHOPPE YANG KEDUA DIANJURKAN DAN BERSEMPENA DENGAN TAHUN BARU NI.


nak tahu syarat2 ngan hadiahnya??? klik sini



pic ni ummy ambil kali pertama adam pakai cd . kira br nak berjinak2 ngan cd la ni . Tengokla, budak kecik ni sgt seronok memakai CD :) .


Nama : Ahmad Adam Ramadhan

Umur : 4 bulan


Lihatlah aksi2nya :



Meh ler ramai2 kita Meriahkan contest yang dianjurkan oleh MIELA77 . Semoga miela success dlm online bisnes ni .

Wednesday, January 20, 2010

~ SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest ~





Antara syarat-syarat contest:
1) Yang Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila linkkan blog kami di blog list anda
~Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka.
~Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu
~Sila tinggalkan link anda di entry ini

2) Yang Tidak Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila hantarkan gambar anak anda melalui email.
~Emailkan ke sweetlovelyshoppe@yahoo.com
~Sila letakkan subject anda sebagai CONTEST
~Sila sertakan sekali nama anak, umur dan nama anda


jom layan pic ni

.

.

.

.

.

.


ummy sgt suka gambar ni . nampak natural je senyum de 2 . walaupun senyuman xla semanis mana pun . gmbar ni diambil dekat kawasan rumah k.ipar ummy, sbbnya bunga kat belakang 2 sgt cantik .




Nama : Ahmad Adam Ramadhan

Umur : 4 bulan

Nama ibu : Asma' A.K.A ummu adam



Tarikh Tutup Peraduan :20 JANUARI 2010

Sunday, January 10, 2010

Always be My Baby Contest !

salam semua....
Tahun baru ni still dlm mood contest . contest kali ni dianjurkan oleh adik Azfar Hani


oleh kerana syarat2 nya sangatla mudah, sy pun berbesar hati tuk join .
1)Just perlu letakkn picture KAMU bersama Budak KECIL atau BABY
2) Buat quotes ataw kata-kata ringkas yang menggambar kan gambar tesebut
*RINGKAS SAHAJA ,oke?*

3) kreativiti anda diambil kira =)

4) Post kan link anda di comment column.

5) tarikh tutup contest ini adalah pada 10JANUARI 2010

Come on people.Meh pakat join ini Contest =)
nak tahu lebih lanjut KLIK SINI
.
.
.
.
.
pix yang jd pilihan :



We'll br balik dr knuri . c kecik ni da ngantuk . inilah hasil muka beliau


You will always be my baby and I'll love you forever and ever

Wednesday, January 06, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST_by Mama Aqish

****sticky mode . 4 new entry,scroll down****




nak try join contest sx lg... manala thu rezeki adam. btol x??
contest ni dianjurkan oleh Mama_aqish dan disponser oleh Branded baby clothes & ClickClickShoppe. nak thu lebih lanjut klik la kat link atas 2.

inilah diantara syarat2nya :
1. Add @ Link Mama_Aqish , Branded Baby Clothes & ClickClickShoppe di blogroll/bloglist anda. -done


2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes - done


3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja -done


4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish) -done


5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 6hb January 2010 -done


6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan.. -done


7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini... -done

8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES & ClickClickShoppe




9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....

inilah pic pilihan yg dipertandingkan





NAMA : AHMAD ADAM RAMADHAN

UMUR : 3 BULAN 5 HARI

TARIKH LAHIR : 22 AUGUST 2009

harap2 semuanya dah lengkap.

Tuesday, January 05, 2010

under maintenance

selamat tahun baru 2010.
Oleh krn sy menggatal2 nk tkr wajah blog ni, maka, inilah yg terjadi . Maaf kpd all reader . Nti sy akan pbtl smula . Weekend ni juz nk abskn wh0le days wif my hubby .(betul ke ayat sy ni? Ada sy pduli? Hehehe)

tahun baru, azam br. Moga sgalanya dpermudahkn