Tuesday, November 02, 2010

cerita tentang teruna kecik

lama sudah blog ini tidak di hupdate . hehe... bukan apa, x berkesempatan... tambahan lg bila start on laptop je, si kecik ni, msti nyibuk dan menyukarkan ummy de ni nak menaip...
hari ni, de bangun pukul 5.30pg, sgt awal.... jadiknya sekarang ni dia tengah tido. hik..hik...

Sejak dia berumur setahun ri2, ummy xdak buat apa2 pun tuk de, expc BIRTHDAY parti... sian de... bukan pe, ummy xnak mengajar benda2 remeh cmtu... cukupla dengan Doa yang ummy dan abah titipkan buat si manja.
sekarang dah pandai macam2...

- berjalan
- berlari
- sebut 'Nak' dengan jelas sekali
- sebut 'DAH' bila dah xnak sesuatu yang tgah pegang @makan.
- sebut 'BUAH' bila tgk gambar2 buah2an @ buah atas meja
- sebut ' BUAI' bila nak tido
- buat bunyi ' ghhikkkkkkkkkkkkkkk' (mcm bunyi nak buang kahak) bila tgk bunga
- suka ketuk2 meja @ almari
- asal nmpak stroller de, kelam kabut nak naik dok atas tu.
- Tokwan  de ada 1 kerusi khas, asal tokwan bangkit dr kerusi masuk bilik, de tak kisah pun nak duduk... tp bila time nmpk tokwan de kelur bilik nak dok kat kerusi, dia pun berterabur lari berebut nak dok kat kerusi tokwan de tu...
kadang2 terketawa melihat keletah dia.... tp kalau time de mengamuk, (bak kata maknjang de) seDUET xguna... mmg sungguh2 de menjerit... yang paling tak tahan sekali, bila ummy de masuk bilik air, dia pun mula la meraung macam kena pukul. uish... naik tension dibuatnya... kita nk pee o poopoo pun terganggu.
tak bleh nak berenggang langsung dengan ummy de ni....
ish...ish... anak ummy makin cepat belajar. 
sebelum ni, dok ngajar de bila da habis minum susu dalam botol, letak kat sinki dapur, sampah buang dalam tong. ALHAMDULILLAH... dia dah faham dan dah praktik pun....
semalam saja test suruh dia buang sampah... then slow2 ummy g ngintai... sangat2 seronok bila nmpak de buang sampah tu dlm tong sampah...
uish... byk lagi sebenarnya nak bercerita tentang teruna kecik ni.... tp masa tak mengizinkan... nak kena masak dulu sementara se kecik ni tengah tido.
sementara tu, layan dulu pic2 yang di upload ni..

: sebelum ni xde plak nak isap2 puting... ni ttbe ngengada plak :

: tgk la... tesengih... cumel kan??? :


: tgah belajar pasal binatang :

1 comment:

  1. from fisha1415:
    assalamualaikum..pertama sekali saya nak minta maaf jika sekiranya saya mengganggu..hasrat saya cuma ingin berkongsi perasaan serta pengalaman..saya seorang lelaki..saya ada terbaca 'cerita adam' dan cerita 2 begitu menyentuh perasaan saya..saya pun pernah mempunya anak 'muhammad aiman' namanya..dia selalu menghiburkan saya..saya pernah bersedih kerana kehilangan seseorang yang disayangi..namun,kehadirannya telah menceriakan hidup saya..senyuman dia yang manis,tingkah laku dia yang selalu membuat saya ketawa dan tangisan dia yang kadang2 buatkan saya tension..saya ingat lagi dulu lepas balik rumah dengan letih pulak 2,saya tengking dia sebab saya tension dia asyik menangis xhenti2..bukan salah dia pun..dah jadi tabiat budak memang suka menangis..yang terkejutnya dia terus diam dan pandang ja muka saya..masa 2 la saya sedar yang saya dah buat perkara yang silap..saya marah dia kerana terlalu ikutkan hawa nafsu saya..saya terus ambil dia dan peluk dia sambil cakap "abah minta maaf" berulang kali..mustahil budak seusia dia boleh faham..saya buat sebab rasa bersalah yang teramat sangat..sekarang dia dah xda..ALLAH dah pun pisahkan kami..saya harap dia maafkan saya atas apa yang saya lakukan..saya percaya apa yang berlaku ni adalah yang terbaik untuk saya..pada mulanya saya tidak dapat terima hakikat atas kehilangannya..boleh dikatakan jadi gila saya dibuatnya..tapi lama-kelamaan ALHAMDULILLAH..ALLAH telah berikan saya kekuatan untuk saya teruskan kehidupan..mungkin dia akan lebih bahagia 'di sana' atau mungkin jugak saya belum layak bergelar 'abah'..hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui betapa kasih dan rindunya saya padanya..ya ALLAH jika KAU fahami hati hambaMU ini KAU temukanlah kami kembali ya ALLAH..sesungguhnya aku amat merinduinya ya ALLAH..sekiranya diberi kesempatan untuk kali kedua,INSYAALLAH aku tidak akan mensia-siakannya..kepada yang mempunyai anak..didiklah mereka..asuhlah mereka sebaiknya..janganlah membenci dan membuang mereka disebabkan kesalahan yang mereka lakukan..berikanlah mereka peluang..mendidik mereka sememangnya memerlukan kesabaran..sesungguhnya seorang anak yang soleh dan solehan boleh menjamin kita untuk ke syurga..INSYAALLAH..percayalah..kehilangan anak lebih menyedihkan daripada kehilangan segalanya..dialah anugerah ALLAH yang tidak terhingga nilainya..akhir kata dari saya,maaf yang tidak terhingga jika coretan ini menyinggung mana2 pihak..hajat di hati cuma ingin meluahkan perasaan supaya dapat meringankan beban yang ditanggung..saya doakan semoga kita semua bahagia dan sentiasa diredhoiNYA..amin..wassalam

    ReplyDelete