Monday, June 27, 2011

akhirnya...

alhamdulillah... mood saya sangat gembira hari ni . :) nak tahu kenapa? sila baca sampai abis

sebelum ni cik P sy sangat tidak teratur . apatah lg setelah miscarriages tahun lepas . pas pada tu ambik perancang depo-provera (betul ke idak ejaan ni) lg le cik P itu x menentu... so org kata kalau cik P xtentu ni, chance tuk preggy tu susah la sikit . Niat tu mmg ada, cuma nak tunggu adam besar sikit . so lepas je 2x amik suntikan tu, terus je stop. Sbbnya dok baca2 komen tentang suntikan ni, ada yang kata after 6 month br preggy semula, tu kira yang cepat, yang lambat sampai da bertahun stop pengambilan pun xde peluang nak mengandung lg, atas sebab2 tu la sy stop amik suntikan tu . after 4bulan stop tu cik P mmg xbetul, kdg2 1 hr je, pastu stop dekat 5hr, datang pulak bertandang, so saya amik keputusan tuk amalkan minum ini :
.
.
.
.
.
.
.

Pati Delima
cara minum je mudah je, 2 sudu pati delima + air 1 gelas nak lg sedap, sila + madu dan ais :)

nak tahu apa kelebihannya? sila baca SINI
saya amik kat akk ni la :) de cantikkan? awet muda tu, kalau tgk real, mmg x caya umur de da awal 40-an

alhamdulillah pas sebulan amalkan minum ni, cik P kembali normal dan sebulan lepas tu cik P tidak datang dan inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.
.


8weeks 4days

syukur Ya ALLAH... akhirnya hasrat kami termakbul utk beri Teruna Kecik ni kawan :)

Wednesday, June 08, 2011

jemputan memeriahkan majlis perkahwinan

Up coming event

jemputan dari wani hadi


 jemputan dari aja


 jemputan dari nad

Tuesday, June 07, 2011

Slamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru buat kawan2 yang telah melangkah ke Alam Baru . maaf xdapat nak hadir kenduri u All.. bukan xnak g, tp keadaan x mengizinkan . semoga korang2 bahagia hingga hujung nyawa . buat kengkawan yang sedang menghitung hari, harap sabar menghadapi rintangan yang bakal ditempuh . Tolak ansur dalam perhubungan sangat penting . moga semuanya berjalan lancar .

Asrina & Faizal
5 june 2011
 jeles sebab x dapat nak join kengkawan yang len g sana . tiada aral nanti, sampai la ke melaka .
pic credit to hidayah hamdan
Syu & pasangan
4 june 2011
Ni pun xdapat nak P gak . kat ipoh . pic ni credit to akmal cha

baby baru :)

dah lama nak update post ni, tp x terhapdet2...

macam best je title tu kan??kan??

ni la baby baru sayer tu 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Brother NV50


ni Projek terawal sy menggunakan NV50 (cloth pantyliner... yang ni belum siap sepenuhnya, yang dah siap ada kat anak buah . xsempat nak ambik gambar)

siap dipotong, tp x berkesempatan nak jahit lg

another projek, baju melayu anak . atas tunjuk ajar kakak sy :)

Friday, June 03, 2011

THEHONEYBUNCH FINAL GIVEAWAY - Naturally motherhood giveaway

sticky mode till 3rd of june before 6pm

entry mode kali ni adalah tuk mengjoinkan diri dalam giveaway yg dianjurkan oleh hanz jamaludin selama ni dok sekodeng blog de tp xsangka rupa2nya one of my friend kat MCDP . 
ok pendekkan cerita, sy nak war2kan 


 jom intai syarat-syaratnya kat sini

Dunia ibu buat diriku adalah anugerah terindah yang penuh dengan cabaran, pahit dan manis sebagai ibu . tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan selalu dijaga agar tidak dipersoalkan di kemudian hari .

Hadiah di sponser oleh mereka2 ini :

Wednesday, May 04, 2011

koleksi CD terbaru adam

Entry ni semata2 nak tunjuk CD yang cumel tu . belum prewash pun lg . CD2 ni beli kat mummycare liza dan kak nik kalau rasa2 nak cuba, bleh le contact derang ni .

pull up pants by littledoodlez, bamboolite Ai2, bamboolite fleece cover, hybrid insert, wetbag dan snappi

Port Dickson

seperti yang dijanjikan :) kat bawah ni antara gambar2 masa g PD haritu
meriam @ muzium tentera darat


tinggalan barang sejarah







keje mengejor si kecik tu je . 
jernihkan laut kat PD

xpuas2 nak mandi . muka abah de dah 'ketat' xlarat melayan

Monday, April 25, 2011

Holiday at Port Dickson

salam petang isnin

semalam jam 1.30ptg, kami selamat sampai di pekarangan pejabat bendahari UiTM . setelah 1malam bermalam di PD . family day anjuran pejabat Hubby . Letih sungguh rasanya apatah lagi dengan si kecik yang mmg x bleh langsung nampak air . Asal nampak air je mesti dia nak mandi fuhh...letih oke!!!

jam 8 pg kami bertolak menaiki bas UiTM ke PD . dlm pukul 11 lbeh da sampai . time sampai tu masih awal lg, so bas berhenti kat muzium tentera darat . dapatla tgk sejarah2 lama yang xpernah tahu pun selama ni . tp xdapat nak tumpukan sepenuhnya pd encik yang beri taklimat tu . sbbnya, Adam xmau duk diam . de nak berjalan je... pastu usik segala barang2 yang ada dalam muzium . owhh... sangat letih . ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas . habis je pusing2 kat dalam muzium tu terus je bertolak ke Hotel . nama de palm spring hotel  . berehat  sebelum turun ke swimming pool tuk acara sukaneka & mandi manda .

masa makan malam diselang seli dengan acara penyampaian hadiah & cenderahati . balik hotel tido dengan tenang . boleh tahan la jugak bilik yang kami dapat tu . ada dua katil queen . yang x bestnya, alat penghawa dingin de xbleh nak adjust suhu @ slowkan speed de . sejuk x terkata . si adam sangatla gembira sbbnya bilik tu besar tuk de berlari & bermain . tp asal nmpak kasut je, dia pun sibuk nak keluar berjalan .

Hr ahad, lepas je sarapan, rest sekejap then bertolak ke teluk kemang . Adam seronok sangatla dapat mandi kat pantai plak . yang x bestnya kat pantai tu, sepanjang pantai ada je bot, banana & jetski . berbahaya tuk mandi ketengah sikit oleh kerana bot tu akan berhenti kat tempat orang tengah mandi . x bestkan .

oklah nnti upload gambar plak . kabel henpon tah letak kat mana. nama je bawa kamera g, tp xbleh guna sbbnya battery tertinggal kat rumah . :)

Wednesday, April 20, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

x terlewat lg tuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga sepanjang tahun ini . kawan2 SMIDU & KUIS .
Ira & sofi
2 . 04 . 2011

12 . 03 . 2011
maksu a.k.a Fiera & khalil
3 . 2 . 2011
Syuhada A.k.a mcda & Irwan
PENGANTIN LAMA
25 . 12 . 2010
bawi & dilla
"semoga bahagia keakhir hayat"
korang sangat sweet....

not available yet
selamat pengantin baru K.SARA & A.WAN
selamat pengantin baru jugak MAKSU a.k.a FIERA adenan

k.pjah & man

k.syah & helmi (nama hubby kita sama la.. huhu)

wawa & eddy

mood kembali

macam best je tajuk entry ku itu.... eceli dah lama mood tuk berblogging ni dtg . tp xde idea nak menulis . sekarang br ok . sebenarnya  bulan 4 ni adalah bulan yang paling memenatkan + happy . nak tau sebab apa??? jom baca . 

setiap hujung minggu bulan 4 ni ada je aktiviti sehingga x sempat nak hadir kenduri kawan2 . tiap2 minggu kena berkemas . balik hr ahad, basuh baju yang bertimbun . fuhh penat tu . 
berikut adalah setiap aktiviti hujung minggu

09/04/2011 -  ikut abang g MORIB . sbb abg ada kursus kat sana . bila time abg g program tu, kitorang pun dok kat chalet masak makan tgahari . menu utama NASI SARDIN . best tu... sapa2 yang x penah mkn nasi sardin ni, meh mintak resepi kat saya . :) petang plak bawa adam g mandi kat swimming pool . bertapa exited nye budak kecik ni bila dapat air . layan sikit gambar2 kat bawah ni . 



seronoknyeee!!!!
pemandangan dr balkoni

budak tecik tu asyik kuar masuk je

kat swimming pool . time ni x buka lg air terjun tu


nak berenang sendiri, xmo kene pegang . 

16/04/2011 - minggu ni balik ke LUMUT .setelah hampir 2 bulan xbalik . 

23/04/2011 - hujung minggu ni plak ada FAMILY DAY opis abg kat port dickson . minggu ni jugak one of my friend kawen . maaf ye fadla xdpt nak g . to amoi nnti amik gambar bebyk ok . 

30/04/2011 - penat x habis lg dah kene attend reunion kengkawan hubby lakz... kali ni kat PENANG . area mana pun xtau g . nnti update len . 

Thursday, April 14, 2011

lama x menulis d blog . walaupun banyak cerita yang ingin ditulis . masa + line internet x mengizinkan .
Alhamdulillah hingga kesaat ini ku masih mmpu bernafas . menulis sedikit cerita tentang kehidupan walaupun saya ni bukanla pandai menulis pun .

Adam kini telah berusia 19bulan . alhamdulillah... penyusuan bersama simanja dipermudahkan . cuma lately ni semakin letih dek kerana TERUNA KECIK ni menyusu main2 . menyusu x sampai 3 minit da stop . 3minit pulak dtg lg nak menyusu . letih badan dibuatnya . Itulah pengorbanan buat si kecil untuk memastikan dia mendapat yang terbaik dr Ummy dia ni . kdg2 rasa cm nak stop je menyusukan dia (atas sbb dia dah bergigi dan kdgkala sakit + serik dibuatnya) . TP xsampai hati nak stopkan . de pun belum 2 tahun lagi . Bila dia dah stop menyusu nnti mesti tringat2 saat2 manis tu kan.

pejam celik, pejam celik, da besar Teruna ummy ni . macam2 kelaku boleh tengok . geram je hati bila teruna ni buat kelaku . tp itulah yang membuatkan hati terhibur .

owh... ada masa nnti saya sambung lg . Teruna Kecik sudah bangun . ok.. tatata...

Sunday, February 06, 2011

iezixora15

http://teddymaster.te.funpic.de/22670.html