Monday, April 25, 2011

Holiday at Port Dickson

salam petang isnin

semalam jam 1.30ptg, kami selamat sampai di pekarangan pejabat bendahari UiTM . setelah 1malam bermalam di PD . family day anjuran pejabat Hubby . Letih sungguh rasanya apatah lagi dengan si kecik yang mmg x bleh langsung nampak air . Asal nampak air je mesti dia nak mandi fuhh...letih oke!!!

jam 8 pg kami bertolak menaiki bas UiTM ke PD . dlm pukul 11 lbeh da sampai . time sampai tu masih awal lg, so bas berhenti kat muzium tentera darat . dapatla tgk sejarah2 lama yang xpernah tahu pun selama ni . tp xdapat nak tumpukan sepenuhnya pd encik yang beri taklimat tu . sbbnya, Adam xmau duk diam . de nak berjalan je... pastu usik segala barang2 yang ada dalam muzium . owhh... sangat letih . ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas . habis je pusing2 kat dalam muzium tu terus je bertolak ke Hotel . nama de palm spring hotel  . berehat  sebelum turun ke swimming pool tuk acara sukaneka & mandi manda .

masa makan malam diselang seli dengan acara penyampaian hadiah & cenderahati . balik hotel tido dengan tenang . boleh tahan la jugak bilik yang kami dapat tu . ada dua katil queen . yang x bestnya, alat penghawa dingin de xbleh nak adjust suhu @ slowkan speed de . sejuk x terkata . si adam sangatla gembira sbbnya bilik tu besar tuk de berlari & bermain . tp asal nmpak kasut je, dia pun sibuk nak keluar berjalan .

Hr ahad, lepas je sarapan, rest sekejap then bertolak ke teluk kemang . Adam seronok sangatla dapat mandi kat pantai plak . yang x bestnya kat pantai tu, sepanjang pantai ada je bot, banana & jetski . berbahaya tuk mandi ketengah sikit oleh kerana bot tu akan berhenti kat tempat orang tengah mandi . x bestkan .

oklah nnti upload gambar plak . kabel henpon tah letak kat mana. nama je bawa kamera g, tp xbleh guna sbbnya battery tertinggal kat rumah . :)

Wednesday, April 20, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

x terlewat lg tuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga sepanjang tahun ini . kawan2 SMIDU & KUIS .
Ira & sofi
2 . 04 . 2011

12 . 03 . 2011
maksu a.k.a Fiera & khalil
3 . 2 . 2011
Syuhada A.k.a mcda & Irwan
PENGANTIN LAMA
25 . 12 . 2010
bawi & dilla
"semoga bahagia keakhir hayat"
korang sangat sweet....

not available yet
selamat pengantin baru K.SARA & A.WAN
selamat pengantin baru jugak MAKSU a.k.a FIERA adenan

k.pjah & man

k.syah & helmi (nama hubby kita sama la.. huhu)

wawa & eddy

mood kembali

macam best je tajuk entry ku itu.... eceli dah lama mood tuk berblogging ni dtg . tp xde idea nak menulis . sekarang br ok . sebenarnya  bulan 4 ni adalah bulan yang paling memenatkan + happy . nak tau sebab apa??? jom baca . 

setiap hujung minggu bulan 4 ni ada je aktiviti sehingga x sempat nak hadir kenduri kawan2 . tiap2 minggu kena berkemas . balik hr ahad, basuh baju yang bertimbun . fuhh penat tu . 
berikut adalah setiap aktiviti hujung minggu

09/04/2011 -  ikut abang g MORIB . sbb abg ada kursus kat sana . bila time abg g program tu, kitorang pun dok kat chalet masak makan tgahari . menu utama NASI SARDIN . best tu... sapa2 yang x penah mkn nasi sardin ni, meh mintak resepi kat saya . :) petang plak bawa adam g mandi kat swimming pool . bertapa exited nye budak kecik ni bila dapat air . layan sikit gambar2 kat bawah ni . 



seronoknyeee!!!!
pemandangan dr balkoni

budak tecik tu asyik kuar masuk je

kat swimming pool . time ni x buka lg air terjun tu


nak berenang sendiri, xmo kene pegang . 

16/04/2011 - minggu ni balik ke LUMUT .setelah hampir 2 bulan xbalik . 

23/04/2011 - hujung minggu ni plak ada FAMILY DAY opis abg kat port dickson . minggu ni jugak one of my friend kawen . maaf ye fadla xdpt nak g . to amoi nnti amik gambar bebyk ok . 

30/04/2011 - penat x habis lg dah kene attend reunion kengkawan hubby lakz... kali ni kat PENANG . area mana pun xtau g . nnti update len . 

Thursday, April 14, 2011

lama x menulis d blog . walaupun banyak cerita yang ingin ditulis . masa + line internet x mengizinkan .
Alhamdulillah hingga kesaat ini ku masih mmpu bernafas . menulis sedikit cerita tentang kehidupan walaupun saya ni bukanla pandai menulis pun .

Adam kini telah berusia 19bulan . alhamdulillah... penyusuan bersama simanja dipermudahkan . cuma lately ni semakin letih dek kerana TERUNA KECIK ni menyusu main2 . menyusu x sampai 3 minit da stop . 3minit pulak dtg lg nak menyusu . letih badan dibuatnya . Itulah pengorbanan buat si kecil untuk memastikan dia mendapat yang terbaik dr Ummy dia ni . kdg2 rasa cm nak stop je menyusukan dia (atas sbb dia dah bergigi dan kdgkala sakit + serik dibuatnya) . TP xsampai hati nak stopkan . de pun belum 2 tahun lagi . Bila dia dah stop menyusu nnti mesti tringat2 saat2 manis tu kan.

pejam celik, pejam celik, da besar Teruna ummy ni . macam2 kelaku boleh tengok . geram je hati bila teruna ni buat kelaku . tp itulah yang membuatkan hati terhibur .

owh... ada masa nnti saya sambung lg . Teruna Kecik sudah bangun . ok.. tatata...